Monday, February 3, 2014

Titik tolak hidupku

Bismillah,

Titisan hujan mula menitis umpama air mataku tatkala itu. Waktu itu angin bertiup dgn kencangnya, awan mendung umpama malam mula merisik walhal baru sahaja petang. Aku pergi melarikan diri ke satu tempat yg mana aku mampu untuk tenang seketika. Air mata ini sukar untuk ku bendung lagi, biarlah aku basah kuyup dan biarlah aku sakit esok kerna bagi ku masa itu hidup hanya disitu. Aku pergi ke satu sudut padang sekolah yang mana mampu utk ku luahkan segalanya.

"Tak gunanya aku, bodohnya aku, aku tak layak untuk hidup" jerit ku.

Aku merasakan biarlah titik noktah hidupku di sini. Aku bersalah, aku berdosa sgt atas apa yg aku lakukan. Tidak mampu aku maafkan diri ini. Kalau waktu itu pisau ada disisiku nescaya telah aku tikam diri ini biar ia tembus pada dada. Biar darah terus mengalir. Sungguh kalau nyawaku hilang sekalipun aku masih tidak mampu memaafkan diri ini. Aku terus menangis di saat hujan mula mengikut rentak tangisan ku. Selang beberapa minit bahuku ditepuk oleh teman ku akhi Irsyad. Dia cuba merawat lukaku yg kian parah yg umpama barah stage 4. 

"Akhi tuhan bagi peluang dan ruang lagi untuk anta bertaubat, biarlah manusia nak kata apa janji tuhan mahukan anta di syurganya" nasihat beliau yg menyentuh hatiku.

"Tapi kenapa aku masih tidak mampu maafkan diri ku, aaaaahhhh" jeritan hati ku.

Aku masih menuruskan tangisan ku sambil ditemani teman disisi. Aku sedar ini semua telah berlalu kalau ku titiskan air mata darah sekalipun tidak mampu aku ulang waktu yang telah berlalu. Diri ini cuba untuk menjadi tenang. Selepas ini, hidupku tidak akan menjadi seperti biasa lagi. Segalanya akan berubah. Aku perlu tabahkan diri ini agar jadi insan yang luarbiasa.

0 comments: